Wednesday, December 29, 2010

bola punya pasal..

salam..

hai laa bola punya pasal dua rumpun pun nak gaduh. kutuk sana kutuk sini. caci sana caci sini. mujur masih ada manusia yang rasional cuba mendamaikan. tapi bak meredah gelombang menderu.

gambar ni aku snap dari harimau malaya fans portal yang kena serang bertalu2 fan indonesia. penyokong malaysia yang berpatriotik tinggi membalas juga dengan kata-kata.

kata-kata nista tak bawa ke mana. hanya menyerlah ceteknya akal.

mungkin cuma sedikit yang rasional. tapi sikap paling terpuji.

aku malas nak cakap banyak2. walau aku keturunan jawa, tapi jiwa dan hati aku untuk malaysia. tanah tumpah kesetiaan aku. yang pastinya kita doakan pasukan Malaysia menang malam nanti. Malaysia yes u can!!

klik untuk besarkan imej.

nota: sapa nak uji hati anda jenis melankolik atau tisu, bolehlaa baca page portal tu. taip jee kt fb: "harimau malaya fans portal". hahaha.. aku dh buktikan aku bukan hati tisu. tapi hati api. hahaha

corat coret meeting guru

salam..

sekadar coretan ringkas meeting semalam. [edisi malas nak tulis tp nak cerita]

1. meeting sepatutnya hari isnin 27hb. tp ditunda selasa 28hb sbb sorang kawan kami bersanding kt kedah dan kawan2 pakat nk dtg ke kedah hadir kenduri walimah dia. jd kami buat alasan keletihan drive jauh2 esoknya terus meeting. boss setuju tukar tarikh. hakikatnya hanya sorang yg dtg walimah tu pun. itu pun sbb kawan tu dok perlis. bdk perlis yg panggil aku abang tu laa.. nk pi walimah kawan kami pun sms bitau aku. pegi laa sendiri. kekeke

2. ini mungkin meeting last dgn boss lama. dia bg clue mungkin akan pindah juga ke sabak bernam. sbb itu arahan dari jabatan. kesiannya dia nih, dia akan bersara bln 11 nanti. kami dah rancang nak sambut persaraan dia kat sekolah secara bersar-besaran. penggantinya bakal seorang perempuan yang khabarnya juga seorang  yang baik. dan dia dijangka bersara bulan jun depan. huhu.. apesal laa dpt pengetua lg 6 bln nak bersara. bagi kt aku kan boleh, aku lama lagi nak bersara. hahaha!

3. aku dapat tugasan baru. jadi setiausaha peperiksaan STPM. nah! ambek kau. sebenarnya aku rancang nak letak jawatan guru form 6 sbb plan nak naik ketua bidang dan masuk line pentadbiran lps nih. tapi aku tgh fikirkan dengan serius nak lepaskan guru form 6 atau jadi cikgu biasa jek.

4. 3 orang kawan kami pindah sekolah. dan bakal pindah lagi 4 orang yg tgh tunggu surat. semua yg pindah tu merupakan guru-guru yang sgt hebat yang selalu jadi tunjang kehebatan sekolah. moga2 9 orang guru baru yang masuk pun hebat2 juga. sebab mereka bukan guru baru posting, tp guru yang memang berpengalaman. kerjaya cikgu dh  mcm team bola pulak sekarang, boleh in out ikut pengurusan, isk..

5. salah seorang cikgu baru merupakan cikgu yang paling dekat mengulang dr rumah ke sekolah. mengulang dari setapak. kawan2 kata.. cuma setapak jee.. kami bertapak2.. haha.. kesian dia.

6. meeting start kul 8.30am dn abes kul 10.30am. tepat!. kul 10 pengetua dah bising kenapa lambat sgt abes. masa tu PK tgh bentang laporan. hahaha.. sempoi tul boss aku tk suka meeting. sgt memahami anak buah. kekeke

7. abes meeting ada jamuan kt dewan makan asrama. kawan aku sponsor jamuan sbb anak dia dpt 9A dlm PMR. dia seorang ajk UMNO bahagian yang sgt kuat. org kepercayaan menteri. tapi terus terang mengaku undi PAS. malah semua anak dia di sekolahkan kt PASTI. hahaha.. mcm2..

8. aku juga plan nak pindah sekolah sbnrnya. tp budak perlis tu tak bagi. heh! syyyhhhhh.. hahaha :P

9. ini bukan n3 miang atau skandal. budak perlis tu dh ada pakwe org johor. dush!

Monday, December 27, 2010

karnival upin dan ipin@SACC Shah Alam

salam..

semalam sebenarnya takde plan pun nak pi karnival upin ipin kt shah alam tu. tp disebabkan rasa bosan teramat sangat kt rumah, aku ckp kt safwan: "nak tak tgk upin ipin kat shah alam?". serta merta safwan kata: "naaaaakkk" . "kalau nak ckp dgn ummi"

safwan mmg seorang pemujuk dan pendesak yg efisien. kalau aku ckp dgn wife aku mmg awal2 lg dia tanak pi sbb dia tak berapa suka nak pergi tempat sesak macamtu. lain laa kalau pi mega mall kee, 1 utama kee, mydin kee dia tak kisah sgt.. kekeke

masa tu dah kul 12.00 tghri pun. misi safwan pujuk ummi dia berjaya. heheh.. jadi bermulalah ceritaaa..

mula-mula plan nak makan kat geng's corner milik les copaque nih. restoran dia kt SS13 betul2 blkg tesco extra. tgk laa tuu.. opis dgn restoran dok sblh2 jek. kaya diaorang nih. makanan okee laa sedap lauk pauk kampung. nama pun kemain lagi, gulai kawah nenek, ikan cili kak ros mcm2 lagi laaa.. rege? stended arr mkn kt shah alam kan. nk murah masak sendiri.. heheh

lps makan, masuk waktu solat. jd pi mesjid negeri solat zuhur. rupanya ada karnival makanan halal kt sini. jd lepak laa jap sambil ronda2 keliling gerai sambil makan makanan sample. heheh.. kenyang kt sana kenyang kt sini.. kekeke

tadaaa!! sampai gak ke SACC. punya laa susah nak parking. orang pun ramai. sana upin sini ipin tp maskot takde laa pulak.

kt atas tuu pelontar suara watak. orang pun ramai kerumun pentas. 3 org dr kanan budak kecik pelontar upin dan ipin. kak ros yg hujung sekali kiri tuh. tgk laa safwan tuu sanggup bertinggung tgk. bkn ada pun upin ipin tu kt situ.

oke laa.. dr dok rumah tk buat apa kan. dari dok menung sana sini jalan2 pun oke laa. perhatian, aku bukan peminat tegar upin ipin okeh. hehe!

nota:

1. alamat url blog ni dh berubah. sila tgk address bar kt atas. =)
2. tahniah malaysia!. baca kt fan page harimau malaya kt fb, fan indon meracau sakan. sapa hati tisu melankolik sila jangan baca. maki-maki dn penghinaan lengkap terhadap malaysia.
3. selamat meeting kawan2 cikgu. banyak sekolah mula meeting hari ni.


shah cj

Friday, December 24, 2010

nak sambut gak besday dia..

salam..

aku sebenarnya malas nak sambut2 besday nih. ingat nak beli kek dgn pisang goreng jee makan petang2. tp kesian laa pulak kan. dh lee sunat, besday lak tk bersambut. pastu merengek nk kek laa nak hadiah laa.. jadi layan laa sampai shah alam.

ingat nak pekena laksa kt cafe SACC. mak aihh... parking kt basement SACC 5 ringgit. mcm tk pecaya jek. tapi demi mu laksa, kami redah jua. 

dah dok kt cafe SACC tuu.. rupanya laksa takde. haihh.. jalan kaki laa menapak kt kompleks pkns. masuk restoran FT ke apa nama dia. western punya restoran. tapi ada jual karipap, cucur udang, kueh lodeh, pisang goreng..

jadi.. ni antara kenangan sambut besday safwan ritu

3 org makan tp 5 menu. tp betul2 kuat makan sorang jek.. hahaha

lamb chop utk safwan. sbb dia msh pantang ayam. dia tanya lamb tu apa. aku jawab lamb tu ayam lamb yg tk sama mcm chicken. hah! lantak koo.. kekeke

chicken chop aku punya. wife aku oder laksa johor. org johor ni mmg laa.. pantang ada menu johor nk yg selera johor gak. kan kt western restoran nii.. laksa johor pi blk johor laa.. kekeke

lasagna. salah satu feberet aku. kalu pi western punya restoran lasagna dh mcm menu wajib. hehe

aiskerim special utk safwan. last2 dia cuma makan biskut jee. aiskrim ayah diaa gaakk yg perabih. mana tk slim. hahaha

layankan laa anak lelaki sorang. dia laa tempat aku menumpang kasih.. kekeke.

pas makan terus pi mesjid negeri solat zuhur kt sana. pas solat pergi ke rantau panjang klang carik kek pulak. pastu sampai rumah mcm nk pengsan!

pengsan sbb penat pengsan melayan kerenah juga. *_*

buat penyapu lidi

salam.

sebenarnya ini gambar hari selasa. tp oleh kerana aku takde apa nak apdet, aku masukkan kisah buat penyapu lidi. harap2 kamu kamu yang kat kota batu KL tuh terbuka hati nak balik kampung korang dgn segera. hahaha.. kalau tkde kampung pun oke balik kampung aku. boleh dok free homestay kawan2 punya pasal kira pakej 85 ringgit sehari. dgn pakej sarapan pagi, mkn tghri dn mkn mlm seadanya. murahkan?.. kekeke

wokeh layan camne aku buat penyapu lidi..

mula-mula kena laa ambek pelepah daun kelapa sawit kan. aku pun tk tau knp kelapa sawit. aku main belasah jek. sbb masa kecik2 mak aku guna daun kelapa sawit. kalau korang nak guna daun pisang pun oke. itu pun kalau orang tak kata mereng laa.. hahaha 


pastu asingkan daun sawit dari pelepahnya. guna laa pisau kee parang kee.

tgh proses meraut utk dapatkan lidi. guna pisau yg sgt tajam mcm pisau raut pensil yg satu 10 sen tu lg bagus.

taadaaa!! dh dpt satu penyapu lidi simple kan. kt kedai 2.50 nii.

haa.. tu jee laa caranya. bkn susahpun. cuma kena rajin sikit meraut lidi. aku ambek masa 1 jam utk dptkan penyapu sebanyak ni sbb pisau tumpul.

sambil meraut, dok bawah pokok sawit pagi2 bagus juga utk bekalan oksigen bersih dn vitamin D. jimat 2.50 korang. boleh beli 2 peket megi utk bajet hujung bulan. hahaha :P

pesanan: jgn guna penyapu ni utk menghalau kucing macam selalu orang buat. kesian..

Wednesday, December 22, 2010

selamat hari lahir safwan



22.12.2010
HEPI BESDAY SAFWAN KE 7 TAHUN. 
MOGA JADI ANAK SOLEH PENYEJUK MATA AYAH DAN UMMI. =)
kadang-kadang pusing dunia aku disebabkan dia nih. semalam dia baling joystick ps2 aku sampai retak sbb merajuk.. tapi untuk pengetahuan safwan, ayah hayati dan hargai setiap detik dan saat bersamamu. marah ayah kerana untuk melenturmu. dan tangis ayah membesarkanmu takkan pernah kau tahu. biarlah tawa ayah yang kau akan ingati selalu.

Sunday, December 19, 2010

perempuan..

Perempuan biarlah jadi spt bunga mawar yang mekar terpelihara dlm taman larangan. berduri sebagai benteng diri tapi indah dipandang. tidak sebarang disentuh namun menyenangkan.segar dan harum semerbak bagi yang memilikinya. cantik disunting orang dibuat jambangan hati. =)

Saturday, December 11, 2010

aku tau aku bukan orang baik tapi aku tak sejahat geng mamak..

salam..

amboihh tajuk panjang macam keretapi.. haha. ala2 promote diri sendiri pun gak tuh. kekeke..

aku baru balik mesjid. ada ceramah ustaz zahazan muhammad. ustaz zahazan bukan lee orang asing bagi aku. dia sedara belah wife aku dari belah pak mertua dia, ustaz ghazali hj sirat. ustaz ghazali jiran pak mertua aku dn merupakan penulis buku terkenal terutama buku2 agama untuk budak2 sekolah aliran JAIS.


last aku jumpa ustaz zahazan masa raya aidil fitri ritu. kami duduk bersebelahan bertemu peha. dia bila  bersembang sama mcm bagi ceramah. penuh isi dan fakta. dgn petikan ayat quran dn hadis serta kata-kata ulamak. ingat dia tgh bagi ceramah rupanya dia tgh sembang. haha.. tak mcm aku yg merapu meraban ke laut cina selatan. hahah. mmg jauh beza org berilmu dgn org kurang ilmu. ngeeee..

ceramah ustaz zahazan td psl peristiwa hijrah. byk laa gak input baru yg aku dpt. antaranya:

1. saidina umar al-khattab seorang yg tinggi. bila dia menunggang kuda kakinya cecah tanah. beliau juga seorang yg tegap dn gagah. kepalanya botak melambangkan kecerdikannya dan jambangnya putih.

2. dlm mazhab syafie, haram orang lelaki pakai cincin kt jari manis. sbb menyerupai wanita. hanya jari kelingking dibenarkan. dan itu amalan nabi dn sahabat.

3. konsep kebersihan, bila hati dinamakan taharah. bila pakaian dinamakan nazafah. kedua-duanya bermaksud bersih. tapi taharah bkn setakat bersih, tp suci, tulus dn bening. 

yg lain kisah2 biasa peristiwa hijrah.

oke.. mcm aku tulis kt fb, esok aku cadang nak jamu ahli jemaah masjid dengan sarapan pagi sempena safwan sunat, mula-mula aku oder utk 100 orang makan. rupanya ada kem remaja dn qiamullail pg nanti. jadi aku tambah oder utk 200 orang makan. menu biasa cuma nasi lemak biasa. 



sbnrnya aku saspen gak kalau tak cukup. tapi aku harapkan cukup laa kot. insyaallah. orang jawa ni kalau pasal jamu orang makan mmg dh jadi macam satu tradisi. bak kata orang, kalau pi rumah kawan korang yg jawa ni.. jgn risau laa balik lapar. hehe.. camtu gak kalau kawan korang yg jawa belanja korang makan, jgn pelik kalau dia belanja bersungguh. sbb sifat orang jawa mmg gitu. suka beri orang lain makan. pastu pandai2 laa sbb over the limit bajet. hahaha. tp tk kisah laa kan, yg penting rasa gembira dan hepi tgk kawan2 hepi. hepi dgn gembira tk sama ke? :D

moga2 dgn doa selamat para ahli jamaah akan dpt memberi pahala kepada semua orang. amin


shah cj

Friday, December 10, 2010

makan pisang

salam..

tukar topik laa eh. masa nk taruk tajuk n3 pening gak. mcm nk tulis "hasil-hasil pertanian" mcm blog felda. nk tulis "hasil kebun aku" mcm laa aku rajin berkebun kan. jadi tulis laa makan pisang sebagai kempen makan buah-buahan tempatan. halal lagi suci. hehe

ini pisang yang kitorang tanam dpn dn blkg rumah. kalau korang masih ingat penah cerita kt blog lama dulu. pisang ni kitorang tk bubuh baja pun. tanam dn pandai2 laa depa nk carik baja ke apa. dh besar pandai2 laa bawak diri ko pisaaangggg.. kekee.. yang aku tau bila ko dah buah aku tebang ko. muahahaha!

meh layan.. :D


..
pisang lemak manis yang dah masak

pisang lemak manis siap utk dituai.

kebun mini depan rumah. pisang, kedondong, mangga, rambutan, pulasan, cempedak, betik, kacang bende.. semua lantak kt situ. haha

pisang bakar atau pisang salai. alaa yg org selalu wat pisang salai. ni laa dia

okeh mcm rajin sgt pulak kan tayang hasil kebun kt blog. tp memang laa.. rasa kepuasan petik hasil berkebun ni lebih dn tak akan sama macam dpt login masuk fb kendian drop status.. haha *tetiba

syukur laa kan dpt makan hasil sendiri dpt juga sedekah kt orang lain. sbnrnya seronok tgk orang suka bila kita bagi sedekah kt orang walau sekadar pisang... hehe


shah cj

Wednesday, December 8, 2010

budak sunat

salam..

gambar safwan yg latest lepas kena tanggal smart clamp. suruh pakai kain pun susah. "geli" dia kata. kekeke


semalam baru aku tau rupanya kaedah smart clamp pun agak bahaya. boleh sebabkan jangkitan dan dah ada kes kematian!.. huhu. kaedah jahitan lebih selamat agaknya.

Tuesday, December 7, 2010

7 dis

salam ma'al hijrah

7 dis tahun ni adalah tahun yang paling bermakna buat aku. tarikh aku kelahiran dan serentak pula dengan ma'al hijrah. satu usia yang bertambah sepatutnya aku jadi semakin matang. namun aku akui masih banyak kelemahan sebagai seorang manusia biasa. masih banyak yang aku perlu belajar tentang erti hidup. tentang persahabatan, tentang diri sendiri, tentang diri orang lain dan rencah2 kehidupan semuanya.

banyak kelemahan diri yang aku perlu perbaiki. banyak lagi yang perlu aku belajar. sifat-sifat diri yang mazmumah perlu diganti dengan sifat-sifat mahmudah. bukan satu perkara yang mudah. perlukan mujahadah dan istiqamah yang sesungguhnya.

pembelajaran sekolah kehidupan tak akan pernah berhenti. aku bukanlah seorang yang genius. tahap kecerdikan seseorang boleh diketahui melalui kata-katanya, penulisannya dan tindakannya. semua itu aku masih belajar dan terus belajar.

bila baca beberapa penulisan rakan-rakan blogger, kadang-kadang aku malu sendiri. penulisan mereka penuh penghayatan, ilmiah dan cerdik. jauh beza dgn cara aku menulis. penguasaan bahasa yang rendah, dan kadang-kadang seperti orang bodoh yang mahu kelihatan pandai.

syukur pada Allah, aku banyak telah capai dalam hidup, walaupun tak semua. dulu waktu aku kt universiti, aku target sebelum umur 40 tahun aku mesti dpt capai beberapa perkara asas dalam hidup. berkahwin, ada rumah, ada tanah, pergi mekah, ada kenderaan sendiri. walau hidup serba sederhana. hanya berpaut pada gaji seorang cikgu, syukur alhamdulillah masih punya rezeki untuk keluarga.

namun apa yang lebih penting adalah amalan dan ilmu kita. untuk beramal mesti ada ilmu. kadang-kadang takut juga, dengan amanah secuit ilmu agama yang aku belajar, aku takut ilmu itu menerangi hati orang lain tapi hati sendiri menjadi kusam. takut membawa orang lain ke syurga tapi aku sendiri ke neraka.
 
mari kita raih pahala dari segenap peluang yang kita ada. moga kita semua dirahmati oleh Allah. salam ma'al hijrah. salam persahabatan buat semua!.


shah cj

Monday, December 6, 2010

SALAM MA'AL HIJRAH 1432H

SALAM MA'AL HIJRAH 1432H. 

SEMOGA KITA TERUS MENJADI HAMBA ALLAH YANG TAAT KEPADANYA. 
MOGA TAHUN DEPAN AKAN LEBIH BAIK MUAMALAH KITA KEPADA ALLAH, MANUSIA DAN ALAM.

Ya Allah, terimalah semua amalan baik kami pada tahun ini. dan ampunkanlah semua kesilapan dan kesalahan kami, sama ada kami lakukan dengan sengaja atau tidak. sungguh kami tidak lakukan dosa kerana sengaja mahu derhaka padaMU, tapi kerana jahilnya kami dan lemahnya iman kami. 

Ya Allah, bimbinglah kami di sepanjang hidup kami. dan jadikanlah kami insan yang sentiasa memberi manfaat kepada diri kami dan orang lain.  

Amiinn..

ikan busuk jadi santapan

salam..

menjaga orang pantang bukan senang. semua nak kena jaga terutama makanan. tugas aku pagi-pagi ialah mencari ikan dan sayur. pastinya dalam kepala ikan yang tidak gatal. aku pun tk tau apa yang gatal apa yang tak gatal. mak aku cakap kembung gatal. pari bisa. itu aje. lain-lain lu pikir sendiri. tapi mak aku tk laa cakap lu pikir sendiri kan. itu aku tambah2 jee buat sedap ayat.

dah dua kali aku tertipu. atau memang nasib aku asik kene tipu? hahah.. okeh cerita pasal ikan. ada satu kedai kt kampung tu. ala2 market basah gak laa. jual ikan, sayur dn barang2 dapur. dua kali aku beli ikan kat situ dua kali terkena ikan busuk. luar nampak baik tapi dalam manyak busuk punya orang ikan. dan kedua-dua ikan tu bawal. sekali tu bawal putih yang kecik2 tu kan. sekali lagi bawal hitam. baik putih atau hitam sama jek. jadi itu mengajar aku akan erti kehidupan. eceehhh.. apa tah kaitan ikan dengan kehidupan. =P

bila tau dia busuk? time lepas goreng dan ikan tu siap dah jadi lauk. lps goreng bila kita cuit daging dia, dh hancur daging ikan tu. pastu rasa mcm telur ayam busuk. mmg enak dimakan kalau hidung tgh sumbat dan orang tu takde anak tekak.

jadi sekarang aku ada sebuah lagi kedai untuk aku blacklist kt kampung aku. ritu ada satu kedai canai sbb sejak bertukar tuan punya canai dia tak sedap. padahal anak dara yg jadi penyeri kedai tu sekian lama dah tak kerja situ. lagi2 yang serve lelaki. itu kata kawan aku. bukan aku tau. hahaha...

jadi sekarang aku beli ikan jauh sikit kat jalan nenas. uniknya meru nih ada jalan buah-buahan, nenas, belimbing, jambu. yg terkucil sket nama jalan umno. tetiba je kan ada umno kt situ. buah umno tu ape eh. orang umno ada buah ke?. hahaha

takde uniknya kedai kt jalan nenas tu pun. biasa2 je. tapi sekurangnya dia tak jual ikan busuk. dan paling special, aku boleh beli tempe yang fresh dari pakcik yang buat sendiri. dari tangan pakcik tu aku ambil tempe dia. memang fresh dan rasanya manis.

pagi ni aku beli siakap. nak masak apa tah dgn siakap tuh. bukan untuk aku makan, tapi aku beli khusus untuk safwan. untuk aku? chicken chop kt giant takpun burger king kt setia alam!. kekeke



shah cj

mencari kekuatan diri

salam..

wajah sorang akak yang aku jumpa kt kedai tempohari sangat sugul. seolah menelan segala kepahitan yang tak terduga. aku yang sedang beli surat khabar tertarik kepada bual2 separuh rahsia antara 2 orang akak. akak tu dan akak kt kaunter. ntah kenapa tiba-tiba mulut rajin bertanya.

rupanya akak tu telah kematian suaminya kt mekah dlm musim haji sekarang nih. dan dia paling risau anaknya yang menemani arwah suaminya masih berada di sana. "lama lagi nak balik, sbb tabung haji kata belum selesai" kata dia.

akak tu cerita juga dia mohon jadual balik anaknya dipercepatkan. namun tabung haji tak dapat beri jaminan tapi berjanji akan cuba membantu kalau boleh.

kesian aku tgk akak tuh. kehilangan suami dan anaknya pula masih di sana. sudah pastinya tiada pusara untuk diziarahi. para jemaah yang wafat di sana akan dikebumi di sana juga. hanya doa mengiringi di kala rindu. wajah akak tu aku tgk menghimpun segala kekuatan. hela nafas yang terkumpul menceritakan segalanya.

setiap kehilangan orang yang tersayang pasti akan menyeksakan. setiap dugaan pasti akan terasa peritnya. orang yang gembira tatkala diuji adalah orang yang keras hatinya. hanya ketenangan dan kesabaran menjadi bekal.

pengaduan kepada Allah. moga Allah beri kita semua kekuatan diri.


nota1: alhamdulillah.. smart clamp safwan dh tanggal tgh mlm td. tanggal sendiri slps disapu minyak habbatus sauda'

nota2: kisah ni berlaku minggu lepas. moga akak tu dah temui kekuatan dirinya. 


shah cj

Sunday, December 5, 2010

minta petua

salam..

tghri tadi aku bawa safwan pi klinik dia sunat ritu. sbb doktor kata hari ahad nk kena bukak smart clamp dia. tapi doktor yang sunatkan dia ritu sedang bercuti. ini doktor lain.

lepas safwan baring kt katil, doktor pun datang. dia check 'itu' pastu dia keluar pi bilik sebelah. pastu dia datang semula dgn bawa playar hidup!.. terkejut aku!. alaa playar yang guna untuk buka ketat batang paip tuh. dia guna playar tu utk buka hujung smart clamp tuh. biar betul doc nih. kan blh guna player kecik jek kot yee pun. ni playar besar gedabak.

hujung smart clamp tu dia berjaya bukak, pastu dia terkial2 pulak nak bukak benda tuh. tekan itu tekan ini siap guna mcm alat panjang yg runcing kt hujung tuh. mcm nk cungkil benda tuh keluar. melolong safwan kata sakit! sakit! baru laa dia berenti.

pastu dia keluar, masuk bilik sblh. tah apa yang dia buat. pastu dia datang balik. dia try nk tanggal benda tuh. tp tanak tanggal gak. dia kata kulit masih kering ke apa. safwan melalak sekali lagi kata sakit time dia nk cabut sarung tu keluar..

last2 dia suruh aku balik. sapu krim dn rendam dlm air. dia kata nanti tanggal sendiri bekas tuh. td aku dh rendam dekat sejam lbh. mcm tuu gak laa. tak tanggal2 pun. isk.. risau nih. ada apa2 petua ke camna nk bagi benda tu tanggal dgn cepat dn selamat?

shah cj.

arkib

salam..

aku buka balik blog lama. zaman awal aku memblog dulu dulu. sila laa dtg kalau sudi. =)

SILA KLIK DI SINI

adat sunat orang jawa

salam..

generasi muda jawa mungkin dh tak amal benda nih. termasuk laa aku. dulu2 orang jawa bila sunatkan anak, mereka akan buat kenduri besar-besaran. di luar rumah pasang khemah keliling rumah. khemah utk tetamu dan khemah utk penanggah. jiran2 datang rewang masak-masak. sanak sedara berkumpul menyulam cerita apa yang patut disulam mulut.. hehe, kanak2 berlari keriangan keliling rumah.

manakala di dalam, satu sudut rumah akan dihias indah dengan bunga telur dalam pahar. kanan dn kiri pelamin. satu pelamin ringkas akan dibuat bersama bantal duduk dan hiasan2 selayaknya. biasanya ruang tamu akan digunakan.

para tetamu akan menjamu selera dgn pelbagai lauk pauk. mana yang ada bajet satu pasukan nasyid akan menghiburkan tetamu. atau nak moden lagi karaoke pun ada. setelah itu mereka akan bertemu dgn bapak budak atau budak tu sendiri sambil hulur duit. punya laa suka kan dpt duit. rasa mcm jadi jutawan.pastu mula laa berangan nak beli jajan tikam2 kt kedai runcit kt simpang tuh. masa tu mana terfikir nk beli ps3 mcm bdk2 skrg..

pada waktu malam lepas isyak, kanak-kanak yang akan disunat akan duduk dalam pelamin bersila atas bantal. sambil membacakan alunan ayat-ayat al-quran surah lazim menandakan dia sudah khatam al-quran. usai majlis khatam quran, orang2 surau atau masjid yang dijemput akan bertahlil kadang2 disambung membaca berzanji. sedikit jamuan juga disediakan. selesai khatam,budak tu akan dinasihat tidur awal sbb...jeng jeng jengggg

menjelang pukul 2 pagi lbh kurang, dukun sunat akan datang rumah. sekumpulan penyanyi marhaban dari kalangan gadis2 yang dh lama siap sedia, akan membacakan marhaban secara kuat. budak yang nak dikhatan akan dipakaikan kain, kemudian didudukkan di atas kerusi. sambil dukun sunat memegang satu bekas spt bekas habuk rokok yang bersisi tanah. sekumpulan lelaki perkasa dan memegang budak yang nak dikhatan. ada yang pegang kepala, kaki, badan dn tutup mata.

sementara proses sunat sedang berjalan, kumpulan marhaban akan terus menyanyi dengan kuat. pada masa tu laa dukun akan menjalankan operasi. satu pisau berbentuk pisau cukur gilette lama yg 4 segi tu dikeluarkan. kain diselak. pegangan orang2 lelaki makin kuat. sambil berselawat ramai2. selawat dan marhaban tingkah bertingkah. meriah suasana. orang2 yg berkeliling melihat dengan seronok, tp budak yg nak disunat hanya mampu berserah. nk nangis pun tak boleh sebab mulut pun kena cekup!. haha..

sehingga seorang dari lelaki2 terbabit akan menjerit :"weeesss rampoonggg!" [daahh siaapp!]

serta merta kumpulan marhaban tadi akan terus berenti. hahaha

proses dijalankan tanpa bius. lepas tu dukun akan membacakan doa lalu pulang ke rumah.

menjelang esok paginya, bermula laa satu fasa baru dalam hidup. jadi anak lelaki dn dlm tempoh 2 minggu atau sebulan sehingga sembuh, dia perlu berpantang makan. ayam, jenis ikan gatal, telur semua tak boleh. tak boleh melangkah tahi ayam, tahi kucing sbrg tahi laa. kecuali tahi lalat.

dan tiada bekalan ubat diberikan dukun. hanya petua dan pantang larang.

ada orang tanya aku. tak buat kenduri ke? aku jawab secara jujur.. belum ada bajet. ritu mmg nak buat tapi gomen naikkan ron95 5 sen dn gula 20 sen. jadi lari bajet sudah. kekeke

jalinlah persahabatan untuk ke syurga, bukan ke neraka

salam..


aku mulakan dengan satu maksud hadis nabi:


Daripada Jubair Bin Math’am (r.a.) beliau mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim).”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


aku ingatkan diri aku dan anda semua. 


1. kalau kita bergaduh dan memutuskan silaturahim dan ditakdirkan aku mati dulu , aku mungkin masuk syurga dan kamu masuk neraka. sebab mungkin kau dah maafkan aku. dan aku belum sempat maafkan kamu. lagipun orang melayu ni bila orang tu dah mati baru dia maafkan. 


2. kalau kamu tak maafkan aku dan aku tk sempat maafkan kamu, maka kita berdua akan masuk neraka.


3. kalau kamu mati dulu, kamu mungkin masuk syurga sebab aku maafkan kamu dan aku masuk neraka sebab kamu tak sempat maafkan aku. dan ini yang paling aku takuti.


4. kalau kita mati serentak, kita berdua masuk neraka. selama-lamanya! nauzubillah..!!


dan begitu juga kaki ampu, kaki batu api, kaki hasut mereka semua akan masuk neraka sebab ingkar perintah Allah:


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Al-Hujuraat: 10)



mari kita ingat satu hadis nabi tentang persahabatan:


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pintu-pintu syurga dibuka pada setiap hari Isnin dan Khamis lalu diampunkan semua hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatupun kecuali seseorang yang bermusuhan dengan saudaranya. Maka dikatakan: Tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai.”
(Hadith riwayat Muslim)


antara ahli neraka, ditahan masuk syurga atau jadi ahli syurga, mana satu pilihan kita.


maka jalinlah persahabatan untuk ke syurga. bukan ke neraka. kerana menjalinkan persahabatan itu ibadah. jadilah pemaaf.


shah cj


Friday, December 3, 2010

cakap tak serupa bikin

salam..

hai apa khabar kalian.. sekadar coretan ringkas sbb tgk n3 ni kosong.

seiring dengan usia, orang tua ni suka membebel. apa yang dipandang depan mata tak kena dia akan bebel. apa jenis penyakit pun tak tau. kalau orang tak tahan akan cepat2 blah tak tunggu lagi. sama ada apa yang dibebelnya itu betul atau salah, pada pertimbangan dan ilmunya, dia betul. jadi orang2 muda selalunya akan makan hati. sama mcm orang tua ni akan makan hati kalau orang muda tk dengar cakap dia. orang tua ni mmg keras kepala dan degil. cakap dia jee sorang betul. haiihh laa..

okee.. balik pada tajuk di atas [eceehh.. mcm bahasa surat rasmi], aku sebenarnya nak tulis benda2 yang baik. nasihat2 yang baik. tapi aku mcm hilang keyakinan diri pulak sekarang. ada orang kata: "sudah laa ko.. cakap mcm nabi, perangai mcm firaun" dush! mendalam beb!

kalau aku dh setaraf dengan firaun maknanya aku lbh hina dari setan. sebab sekurangnya setan tak ngaku Tuhan.

oke, jgn salah anggap. takde sorangpun yang tuduh aku firaun setakat nih. harap2 takde laa sampai macam tu kan. mintak jauh laaa.. tapi tanak laa kata aku mcm setan.. huhu

aku ilmu agama tak tinggi. sekadar belajar cukup2 untuk bekal diri sendiri dan keluarga. kalau nak banding dengan mufti mmg laa jauh mcm bumi dgn bintang the red giant. bintang the red giant tuu kalau dok sebelah matahari kita, mcm sebiji bola sepak dgn sebutir pasir jee saiznya. apatah lagi bumi.

tapi aku pernah jumpa sorang mat rock baju lusuh, rambut panjang, baju iron maiden, seluar ketat yang sembang dgn aku pasal ilmu ketuhanan. haihh.. meremang bulu roma setiap kali ingat!   ntah sapa laa dia kan.

mcm aku ckp tadi, aku sedang alami masalah keyakinan diri. niat hati nak tulis yang baik2. tapi nanti orang kata "sudah laa koo..". tapi takkan aku nak cerita benda2 jahat yang aku buat kan. oke, aku memang ada buat benda jahat yang datang dosa di sisi Allah. tp kan Allah tutup aib kita, haram kita dedah pd orang lain kan. ;)

orang tua yang suka membebel. kata nak tulis ringkas. sekali berjela daa. mmg orang tua sungguh!. haha..

jadi sementara keyakinan aku pulih nak menulis semula, bak kata wali band.. daripada berpacaran  lebih baik kita salawatan.


shah cj

Thursday, December 2, 2010

tgh cari idea

salam..

tiap² hari bukak blog ni. tiap² hari renung dpn skrin. apa aku nak tulis pun tak tau. :D. sebenarnya aku rancangkan kelainan dari entry² lepas. yang tak sama dengan dulu. tapi apa yang lain pun aku tak tau. tgklah apa keadaannya nanti. ;)