Sunday, December 5, 2010

jalinlah persahabatan untuk ke syurga, bukan ke neraka

salam..


aku mulakan dengan satu maksud hadis nabi:


Daripada Jubair Bin Math’am (r.a.) beliau mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim).”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


aku ingatkan diri aku dan anda semua. 


1. kalau kita bergaduh dan memutuskan silaturahim dan ditakdirkan aku mati dulu , aku mungkin masuk syurga dan kamu masuk neraka. sebab mungkin kau dah maafkan aku. dan aku belum sempat maafkan kamu. lagipun orang melayu ni bila orang tu dah mati baru dia maafkan. 


2. kalau kamu tak maafkan aku dan aku tk sempat maafkan kamu, maka kita berdua akan masuk neraka.


3. kalau kamu mati dulu, kamu mungkin masuk syurga sebab aku maafkan kamu dan aku masuk neraka sebab kamu tak sempat maafkan aku. dan ini yang paling aku takuti.


4. kalau kita mati serentak, kita berdua masuk neraka. selama-lamanya! nauzubillah..!!


dan begitu juga kaki ampu, kaki batu api, kaki hasut mereka semua akan masuk neraka sebab ingkar perintah Allah:


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Al-Hujuraat: 10)



mari kita ingat satu hadis nabi tentang persahabatan:


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pintu-pintu syurga dibuka pada setiap hari Isnin dan Khamis lalu diampunkan semua hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatupun kecuali seseorang yang bermusuhan dengan saudaranya. Maka dikatakan: Tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai.”
(Hadith riwayat Muslim)


antara ahli neraka, ditahan masuk syurga atau jadi ahli syurga, mana satu pilihan kita.


maka jalinlah persahabatan untuk ke syurga. bukan ke neraka. kerana menjalinkan persahabatan itu ibadah. jadilah pemaaf.


shah cj


No comments: