Tuesday, December 7, 2010

7 dis

salam ma'al hijrah

7 dis tahun ni adalah tahun yang paling bermakna buat aku. tarikh aku kelahiran dan serentak pula dengan ma'al hijrah. satu usia yang bertambah sepatutnya aku jadi semakin matang. namun aku akui masih banyak kelemahan sebagai seorang manusia biasa. masih banyak yang aku perlu belajar tentang erti hidup. tentang persahabatan, tentang diri sendiri, tentang diri orang lain dan rencah2 kehidupan semuanya.

banyak kelemahan diri yang aku perlu perbaiki. banyak lagi yang perlu aku belajar. sifat-sifat diri yang mazmumah perlu diganti dengan sifat-sifat mahmudah. bukan satu perkara yang mudah. perlukan mujahadah dan istiqamah yang sesungguhnya.

pembelajaran sekolah kehidupan tak akan pernah berhenti. aku bukanlah seorang yang genius. tahap kecerdikan seseorang boleh diketahui melalui kata-katanya, penulisannya dan tindakannya. semua itu aku masih belajar dan terus belajar.

bila baca beberapa penulisan rakan-rakan blogger, kadang-kadang aku malu sendiri. penulisan mereka penuh penghayatan, ilmiah dan cerdik. jauh beza dgn cara aku menulis. penguasaan bahasa yang rendah, dan kadang-kadang seperti orang bodoh yang mahu kelihatan pandai.

syukur pada Allah, aku banyak telah capai dalam hidup, walaupun tak semua. dulu waktu aku kt universiti, aku target sebelum umur 40 tahun aku mesti dpt capai beberapa perkara asas dalam hidup. berkahwin, ada rumah, ada tanah, pergi mekah, ada kenderaan sendiri. walau hidup serba sederhana. hanya berpaut pada gaji seorang cikgu, syukur alhamdulillah masih punya rezeki untuk keluarga.

namun apa yang lebih penting adalah amalan dan ilmu kita. untuk beramal mesti ada ilmu. kadang-kadang takut juga, dengan amanah secuit ilmu agama yang aku belajar, aku takut ilmu itu menerangi hati orang lain tapi hati sendiri menjadi kusam. takut membawa orang lain ke syurga tapi aku sendiri ke neraka.
 
mari kita raih pahala dari segenap peluang yang kita ada. moga kita semua dirahmati oleh Allah. salam ma'al hijrah. salam persahabatan buat semua!.


shah cj

5 comments:

:|: TinTa Kibod :|: said...

hepi besday cj..
moga sama2 kita berhijrah ke arah kebaikan...

*anda di tag..menyumbang traffic nuff..hehe

shah cj said...

"*anda di tag..menyumbang traffic nuff..hehe"

amende tuu. tak paham. hehe.

btw, thanks ucapan tuh. moga kita bertambah baik setiap kali bangun dari tidur. :D

Mazarina said...

slamat hari lahir cikgu shah.moga bertambah satu lagi hari yang bermakna..(^_~)

Shah CJ said...

maza: terima kasih cikgu maza. jom pekena canai pagi nih. hehe

:|: TinTa Kibod :|: said...

"*anda di tag..menyumbang traffic nuff..hehe"

<--nuffnang...ekekeke..g blog haku la cj..tau la pe dia..