salam..
menjaga orang pantang bukan senang. semua nak kena jaga terutama makanan. tugas aku pagi-pagi ialah mencari ikan dan sayur. pastinya dalam kepala ikan yang tidak gatal. aku pun tk tau apa yang gatal apa yang tak gatal. mak aku cakap kembung gatal. pari bisa. itu aje. lain-lain lu pikir sendiri. tapi mak aku tk laa cakap lu pikir sendiri kan. itu aku tambah2 jee buat sedap ayat.
dah dua kali aku tertipu. atau memang nasib aku asik kene tipu? hahah.. okeh cerita pasal ikan. ada satu kedai kt kampung tu. ala2 market basah gak laa. jual ikan, sayur dn barang2 dapur. dua kali aku beli ikan kat situ dua kali terkena ikan busuk. luar nampak baik tapi dalam manyak busuk punya orang ikan. dan kedua-dua ikan tu bawal. sekali tu bawal putih yang kecik2 tu kan. sekali lagi bawal hitam. baik putih atau hitam sama jek. jadi itu mengajar aku akan erti kehidupan. eceehhh.. apa tah kaitan ikan dengan kehidupan. =P
bila tau dia busuk? time lepas goreng dan ikan tu siap dah jadi lauk. lps goreng bila kita cuit daging dia, dh hancur daging ikan tu. pastu rasa mcm telur ayam busuk. mmg enak dimakan kalau hidung tgh sumbat dan orang tu takde anak tekak.
jadi sekarang aku ada sebuah lagi kedai untuk aku blacklist kt kampung aku. ritu ada satu kedai canai sbb sejak bertukar tuan punya canai dia tak sedap. padahal anak dara yg jadi penyeri kedai tu sekian lama dah tak kerja situ. lagi2 yang serve lelaki. itu kata kawan aku. bukan aku tau. hahaha...
jadi sekarang aku beli ikan jauh sikit kat jalan nenas. uniknya meru nih ada jalan buah-buahan, nenas, belimbing, jambu. yg terkucil sket nama jalan umno. tetiba je kan ada umno kt situ. buah umno tu ape eh. orang umno ada buah ke?. hahaha
takde uniknya kedai kt jalan nenas tu pun. biasa2 je. tapi sekurangnya dia tak jual ikan busuk. dan paling special, aku boleh beli tempe yang fresh dari pakcik yang buat sendiri. dari tangan pakcik tu aku ambil tempe dia. memang fresh dan rasanya manis.
pagi ni aku beli siakap. nak masak apa tah dgn siakap tuh. bukan untuk aku makan, tapi aku beli khusus untuk safwan. untuk aku? chicken chop kt giant takpun burger king kt setia alam!. kekeke
shah cj
5 comments:
huu siakap kukus sedap baitu..
cekgu...strike nggak jadi sih..ahaks!! mmg ade setengah design templete xleh buh coding..huhu..atau sesiapa ada cara lain..sila tunjuk :)
hehe.. strike dah berjaya. dah lama tak blog. jadi byk lupa.
siakap kukus eh. tapi sedap lg chicken chop kot. hehe
ha3.. rasa rugi sangat bila beli ikan yang dah busuk. ha3.. waktu aku sunat dulu makan ikan bilis jer. ikan2 fresh mmg tak boleh lansung.
yee kee najmi. knp tak boleh? ada petua ke apa. hahaha.. sejak safwan sunat ni kepala asik pikir petua jek. hahaha
ikan termenung boleh..
Post a Comment