Sunday, December 5, 2010

adat sunat orang jawa

salam..

generasi muda jawa mungkin dh tak amal benda nih. termasuk laa aku. dulu2 orang jawa bila sunatkan anak, mereka akan buat kenduri besar-besaran. di luar rumah pasang khemah keliling rumah. khemah utk tetamu dan khemah utk penanggah. jiran2 datang rewang masak-masak. sanak sedara berkumpul menyulam cerita apa yang patut disulam mulut.. hehe, kanak2 berlari keriangan keliling rumah.

manakala di dalam, satu sudut rumah akan dihias indah dengan bunga telur dalam pahar. kanan dn kiri pelamin. satu pelamin ringkas akan dibuat bersama bantal duduk dan hiasan2 selayaknya. biasanya ruang tamu akan digunakan.

para tetamu akan menjamu selera dgn pelbagai lauk pauk. mana yang ada bajet satu pasukan nasyid akan menghiburkan tetamu. atau nak moden lagi karaoke pun ada. setelah itu mereka akan bertemu dgn bapak budak atau budak tu sendiri sambil hulur duit. punya laa suka kan dpt duit. rasa mcm jadi jutawan.pastu mula laa berangan nak beli jajan tikam2 kt kedai runcit kt simpang tuh. masa tu mana terfikir nk beli ps3 mcm bdk2 skrg..

pada waktu malam lepas isyak, kanak-kanak yang akan disunat akan duduk dalam pelamin bersila atas bantal. sambil membacakan alunan ayat-ayat al-quran surah lazim menandakan dia sudah khatam al-quran. usai majlis khatam quran, orang2 surau atau masjid yang dijemput akan bertahlil kadang2 disambung membaca berzanji. sedikit jamuan juga disediakan. selesai khatam,budak tu akan dinasihat tidur awal sbb...jeng jeng jengggg

menjelang pukul 2 pagi lbh kurang, dukun sunat akan datang rumah. sekumpulan penyanyi marhaban dari kalangan gadis2 yang dh lama siap sedia, akan membacakan marhaban secara kuat. budak yang nak dikhatan akan dipakaikan kain, kemudian didudukkan di atas kerusi. sambil dukun sunat memegang satu bekas spt bekas habuk rokok yang bersisi tanah. sekumpulan lelaki perkasa dan memegang budak yang nak dikhatan. ada yang pegang kepala, kaki, badan dn tutup mata.

sementara proses sunat sedang berjalan, kumpulan marhaban akan terus menyanyi dengan kuat. pada masa tu laa dukun akan menjalankan operasi. satu pisau berbentuk pisau cukur gilette lama yg 4 segi tu dikeluarkan. kain diselak. pegangan orang2 lelaki makin kuat. sambil berselawat ramai2. selawat dan marhaban tingkah bertingkah. meriah suasana. orang2 yg berkeliling melihat dengan seronok, tp budak yg nak disunat hanya mampu berserah. nk nangis pun tak boleh sebab mulut pun kena cekup!. haha..

sehingga seorang dari lelaki2 terbabit akan menjerit :"weeesss rampoonggg!" [daahh siaapp!]

serta merta kumpulan marhaban tadi akan terus berenti. hahaha

proses dijalankan tanpa bius. lepas tu dukun akan membacakan doa lalu pulang ke rumah.

menjelang esok paginya, bermula laa satu fasa baru dalam hidup. jadi anak lelaki dn dlm tempoh 2 minggu atau sebulan sehingga sembuh, dia perlu berpantang makan. ayam, jenis ikan gatal, telur semua tak boleh. tak boleh melangkah tahi ayam, tahi kucing sbrg tahi laa. kecuali tahi lalat.

dan tiada bekalan ubat diberikan dukun. hanya petua dan pantang larang.

ada orang tanya aku. tak buat kenduri ke? aku jawab secara jujur.. belum ada bajet. ritu mmg nak buat tapi gomen naikkan ron95 5 sen dn gula 20 sen. jadi lari bajet sudah. kekeke

4 comments:

khairul najmi yusof said...

meriah jugak eh kalau bersunat orang jawa ni. teringin ler pulak tgk adat bersunat orang jawa ni. Hahaha.. pasal kenduri tu ikut kemampuan kan cj, waktu aku dulu mak ayah aku buat kecik2 jer. jemput org surau baca doa selamat skit pastu makan bihun goreng ngan pulut kuning. kalau ikut aku tak payah kenduri2 kalau nak kenduri sgt tunggu jer aku kawen tapi ni mak aku ler beria sgt nak buat kenduri jugak.

Shah CJ said...

org tua kita memang nk buat kenduri sbb meraikan kita. bkn sennag nk sunat woo. satu step forward sblm ke alam kawen. hehe

PINATBATE said...

Anak lanang kakpinat bersunat secara berjemaah di surau..ekeke..kenduri kesyukuran pun hasil gotong royong dan permuafakatan 8 keluarga..Alhamdulillah jimat wang dan tenaga..yg penting ..wes ramponggg..;)

shah cj said...

waahh best laa kak pinat. ritu ada gak ramai2 kt surau. tp aku tertinggal maklumat. jd taks empat nk masukkan safwan sekali. mmg jimat bila ramai2 camtuh. bayar pun tk semahal kt klinik. meriah pun meriah.