Sunday, December 5, 2010

jalinlah persahabatan untuk ke syurga, bukan ke neraka

salam..


aku mulakan dengan satu maksud hadis nabi:


Daripada Jubair Bin Math’am (r.a.) beliau mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan (silaturrahim).”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


aku ingatkan diri aku dan anda semua. 


1. kalau kita bergaduh dan memutuskan silaturahim dan ditakdirkan aku mati dulu , aku mungkin masuk syurga dan kamu masuk neraka. sebab mungkin kau dah maafkan aku. dan aku belum sempat maafkan kamu. lagipun orang melayu ni bila orang tu dah mati baru dia maafkan. 


2. kalau kamu tak maafkan aku dan aku tk sempat maafkan kamu, maka kita berdua akan masuk neraka.


3. kalau kamu mati dulu, kamu mungkin masuk syurga sebab aku maafkan kamu dan aku masuk neraka sebab kamu tak sempat maafkan aku. dan ini yang paling aku takuti.


4. kalau kita mati serentak, kita berdua masuk neraka. selama-lamanya! nauzubillah..!!


dan begitu juga kaki ampu, kaki batu api, kaki hasut mereka semua akan masuk neraka sebab ingkar perintah Allah:


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Al-Hujuraat: 10)



mari kita ingat satu hadis nabi tentang persahabatan:


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pintu-pintu syurga dibuka pada setiap hari Isnin dan Khamis lalu diampunkan semua hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatupun kecuali seseorang yang bermusuhan dengan saudaranya. Maka dikatakan: Tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai, tangguhkanlah kedua orang ini sehingga mereka berdamai.”
(Hadith riwayat Muslim)


antara ahli neraka, ditahan masuk syurga atau jadi ahli syurga, mana satu pilihan kita.


maka jalinlah persahabatan untuk ke syurga. bukan ke neraka. kerana menjalinkan persahabatan itu ibadah. jadilah pemaaf.


shah cj


Friday, December 3, 2010

cakap tak serupa bikin

salam..

hai apa khabar kalian.. sekadar coretan ringkas sbb tgk n3 ni kosong.

seiring dengan usia, orang tua ni suka membebel. apa yang dipandang depan mata tak kena dia akan bebel. apa jenis penyakit pun tak tau. kalau orang tak tahan akan cepat2 blah tak tunggu lagi. sama ada apa yang dibebelnya itu betul atau salah, pada pertimbangan dan ilmunya, dia betul. jadi orang2 muda selalunya akan makan hati. sama mcm orang tua ni akan makan hati kalau orang muda tk dengar cakap dia. orang tua ni mmg keras kepala dan degil. cakap dia jee sorang betul. haiihh laa..

okee.. balik pada tajuk di atas [eceehh.. mcm bahasa surat rasmi], aku sebenarnya nak tulis benda2 yang baik. nasihat2 yang baik. tapi aku mcm hilang keyakinan diri pulak sekarang. ada orang kata: "sudah laa ko.. cakap mcm nabi, perangai mcm firaun" dush! mendalam beb!

kalau aku dh setaraf dengan firaun maknanya aku lbh hina dari setan. sebab sekurangnya setan tak ngaku Tuhan.

oke, jgn salah anggap. takde sorangpun yang tuduh aku firaun setakat nih. harap2 takde laa sampai macam tu kan. mintak jauh laaa.. tapi tanak laa kata aku mcm setan.. huhu

aku ilmu agama tak tinggi. sekadar belajar cukup2 untuk bekal diri sendiri dan keluarga. kalau nak banding dengan mufti mmg laa jauh mcm bumi dgn bintang the red giant. bintang the red giant tuu kalau dok sebelah matahari kita, mcm sebiji bola sepak dgn sebutir pasir jee saiznya. apatah lagi bumi.

tapi aku pernah jumpa sorang mat rock baju lusuh, rambut panjang, baju iron maiden, seluar ketat yang sembang dgn aku pasal ilmu ketuhanan. haihh.. meremang bulu roma setiap kali ingat!   ntah sapa laa dia kan.

mcm aku ckp tadi, aku sedang alami masalah keyakinan diri. niat hati nak tulis yang baik2. tapi nanti orang kata "sudah laa koo..". tapi takkan aku nak cerita benda2 jahat yang aku buat kan. oke, aku memang ada buat benda jahat yang datang dosa di sisi Allah. tp kan Allah tutup aib kita, haram kita dedah pd orang lain kan. ;)

orang tua yang suka membebel. kata nak tulis ringkas. sekali berjela daa. mmg orang tua sungguh!. haha..

jadi sementara keyakinan aku pulih nak menulis semula, bak kata wali band.. daripada berpacaran  lebih baik kita salawatan.


shah cj

Thursday, December 2, 2010

tgh cari idea

salam..

tiap² hari bukak blog ni. tiap² hari renung dpn skrin. apa aku nak tulis pun tak tau. :D. sebenarnya aku rancangkan kelainan dari entry² lepas. yang tak sama dengan dulu. tapi apa yang lain pun aku tak tau. tgklah apa keadaannya nanti. ;)